08 December 2011

Tempahan tudung

Assalamualaikum.

Kami la nie sibuk menyiapkan tempahan tudung syria, shawl, inner untuk tokey i'maryam.

Ada juga tempahan dari tokey Tudung Munirah untuk tudung labuh dan sarung lengan muslimah.


Tunggu update seterusnya....


wassalam.

06 December 2011

Skirt Ke Hiroshima dah sampai....

Assalamualaikum semua...

Skirt untuk Puan Rohanizah dah sampai ke hiroshima!!!

kami nak besarkan gambar skirt atas cadangan Puan Rohanizah sendiri... haaiiiittt... terima kasih.


berminat? untuk tempahan, email kami : ameerahdotcom@gmail.com
atau call/sms 0129178702(lina/asri)

30 November 2011

Skirt Labuh Ber'renda' Terbang ke Jepun!

Assalamualaikum.

Lama betul kami tak update blog nie. hehheehe

Alhamdulillah, kali ini kami dapat tempahan dari HIROSHIMA JEPUN!!! 


Terima kasih puan Rohanizah dari hiroshima city. Skirt dalam perjalanan.....
Kos poslaju hanya RM98.75. Cayalah poslaju....

Untuk tatapan kalian.














syukran ya Allah atas rezekimu...

kepada yang berminat untuk menempah call/sms kami
@0129178702 (Lina/Asri)

16 October 2011

Tempahan Tudung

Bismillah.

Alhamdulillah, kami telah siap menjahit tempahan dari tokey tudung yg terkenal- produk terkini daripada Puan M nie pernah published di majalah Nur.

Silalah lawati laman sesawang (chewah!!! laman sesawang) beliau di: http://www.chentaqaseh.com/ 

Syukur pada mu Ya Allah atas rezeki ini. Amin...

10 October 2011

Resepi Serunding Pegaga - Black Pepper

Assalamualaikum semua.

Seperti yg dijanjikan, nie ha resepi serunding pegaga lada hitam untuk semua. selamat mencuba!!!

Kepada yang maleh, yg nak cepat siap tu... order dgn kami. SMS ke 0129178702 (lina/asri) - call pun boleh.

250gram serunding pegaga/RM20.00 - tidak termasuk kos poslaju. Amacam?


RESEPI SERUNDING PEGAGA IKAN BILIS

Bahan-bahannya :

400 gram pegaga ( di ambil akarnya sekali )
75 gram ikan bilis Jepun ( boleh tambah kalau mahu )
20 gram lada hitam ( lebih kurang RM0.50 )
1 labu bawang putih
1 biji bawang besar sederhana besar
4-5 inci halia
1 cawan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa














Cara-cara membuatnya :

1.     Bersihkan pegaga, pastikan bahagian akar yg berbiji dibuang. Kemudia dipotong-potong pegaga yg telah bersih kira-kira 1 inci panjang.
2.     Bersihkan ikan bilis dan toskan.
3.     Lada hitam, bawang putih, bawang besar dan halia dikisar halus.
4.     Panaskan minyak di dalam kuali.  Setelah cukup panas, goring pegaga hingga garing.  Setelah betul-betul garing, toskan minyak.
5.     Menggunakan minyak yang sama untuk menggoreng pegaga tadi, gorengkan pula ikan bilis hingga garing.  Setelah cukup garing, toskan minyak.
6.     Keluarkan lebihan minyak dari kuali, tinggalkan sedikit untuk menumis.
7.     Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar.  Kacau sehingga betul-betul masak ( naik minyak dan bau ).
8.     Masukkan garam dan gula secukup rasa.  Boleh juga ditambah kiub ikan bilis sebagai penambah rasa.
9.     Masukkan pegaga dan ikan bilis yg telah digoreng tadi dan kacau hingga sebati.
10. Setelah semua bahan kisar sebati dengan pegaga dan ikan bilis tutupkan api. Serunding pegaga ikan bilis siap untuk dihidangkan.
11. Jika serunding terlalu berminyak, boleh gunakan tisu dapur untuk toskan minyak dengan cara alaskan bekas dengan tisu dan letakkan serunding di dalam bekas tersebut.  Biarkan kira-kira setengah jam atau sehingga tisu menyerap lebihan minyak pada serunding.
12. Kami ucapkan selamat mencuba..... ikhlas dari ameerahdotcom
 

27 September 2011

Serunding Pegaga untuk Puan Mazian

Assalamualaikum semua.

Minggu lepas, kami menerima tempahan 3 bekas serunding pegaga daripada Puan Mazian yang akan bersalin dalam minggu ini. Harga serunding pegaga lada hitam maintain pada harga lama : RM20.00 / 250gram

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Puan Mazian dah ambil pada hari ahad kelmarin 25 September 2011.

serunding pegaga sept 2011
Buat Puan Mazian, selamat menimang cahaya mata ke 3 daripada kami di ameerahdotcom.

Kepada yang ingin menempah serunding, hubungi kami di 0129178702 (lina/asri).

Kepada yang nak buat sendiri, insya Allah, dalam waktu terdekat ini, kami akan 'blog'kan resepi serunding pegaga ikan bilis. TUNNNGGGUUUU.....
tengok2 la blog kami nie selalu.....

22 September 2011

Tempahan Telekung @ ameerahdotcom

Assalamualaikum semua.


Kami @ameerahdotcom ingin mempromosi tempahan telekung.
Telekung di gambar ini telah ditempah oleh Puan Normi untuk kakaknya yang akan berangkat ke tanah suci mekah awal oktober.


a. Tempahan telekung dalam 2 saiz, bidang kain(44inci/60inci)
b. Untuk 44 inci, kain yang diperlukan 1.25m untuk sehelai telekung
c. Untuk 60 inci, kain yang diperlukan 1.50m untuk sehelai telekung
d. Untuk bidang 44, sepasang telekung memerlukan 3m kain
e. Untuk bidang 60, sepasang telekung memerlukan 2.5m kain.



Kelebihan Tempahan Telekung@ameerahdotcom
a.Telekung tak memerlukan anak tudung, tak nampak rambut sebab 2 lapis kain dari atas kepala hingga ke paras dada.
b. Awning ikut muka, 'Kekek' lebar menutup dagu dan tepi pipi, LEBIH SELESA & KEMAS


* Kami juga menerima tempahan untuk membuat awning dan kekek sahaja. 
* Hanya perlu menghantar telekung anda sahaja. Poslaju je....


Untuk tempahan, hubungi kami di 0129178702 (lina/asri) atau emel ameerahdotcom@gmail.com

10 September 2011

Salam Idul Fitri Buat Semua!!!

Assalamualaikum.

Sebulan kami tak update blog ameerahdotcom, sibuk yang amat sangat... heheheheh

Di bulan syawal nie, kerja-kerja kami disambung seperti biasa:

1. Menjahit untuk tempahan tudung muslimah / berkekek untuk kak ton

2. Tempahan agar-agar kering. Sekarang kami menerima tempahan agar-agar kering "berperisa" e.g. perasa mangga, laici, strawberi dan oren. Ada penambahan harga ; setiap kilo agar-agar kering RM25.

3. Tempahan baju, skirt labuh, jubah masih diterima. Ada lagi backlog nie... hehhehe biasa la tukang jahit...

4. Tempahan serunding pegaga. Kami telah menerima tempahan awal (booking) untuk puan mazian yg dijadual bersalin pada awal oktober. Awal tahun ini, puan mazian tempah untuk adik iparnya... la nie untuk diri sendiri... terima kasiah puan mazian.

segala pertanyaan@tempahan, sms kami / hubungi kami di 0129178702 (lina/asri)

kepada peminat ameerahdotcom yg dah pose 6, selamat hari raya setahun untuk kalian...

10 August 2011

Blaus - Kak Azie - jualan di Plaza Idaman Setapak

Assalamualaikum. Selamat berpuasa kepada semua.

Kami di ameerahdotcom nak update, untuk promosi kepada anda semua yang nak ber"shopping" raya.

Buat yang tinggal di setapak@kawasan sekitarnya, semalam kami baru menghantar blaus-blaus untuk kak azie yang ada booth jualan aidil fitri.

bertempat : perkarangan PLAZA IDAMAN, berdepan restoran afrose SETAPAK/DANAU KOTA

kepada peminat blaus fesyen terkini.. mai la datang beli ....





Booth dibuka dari jam 11.00 pagi sehingga 9.00 malam setiap hari.

Pelbagai saiz : S, M, L & XL

Jangan lupa ke sana....

06 August 2011

Agar Agar kering kami terbang ke Malaysia Timur!!!

Assalamualaikum.

Kepada semua peminat agar agar kering yang telah lawati ameerahdotcom.blogspot untuk resepi agar agar kering, kami di ameerahdotcom mendoakan agar kalian semua berjaya membuatnya. Insya Allah, nak buat agar agar kering perlukan istiqamah dan kesabaran.

Kalau masih tak menjadi, call/sms kami 0129178702 utk sebarang bantuan/pendapat/buah fikiran, insya Allah kami akan cuba tolong. :) Niat kami untuk mempopularkan makanan tradisional...

Kami, alhamdulillah telah mendapat tempahan agar agar kering dari malaysia timur.. 2kg akan ke Kota Belud Sabah dan insya Allah 14kg akan ke Brunei Darussalam. Syukur padamu Ya Allah...

Kami masih lagi menerima tempahan.Sms kami @ email: ameerahdotcom@gmail.com.

Buat ramadhan nie, kami "menyibukkan" diri menyiapkan tempahan tudung yg cantik2 untuk tauke-tauke tudung. hehehe...

kepada yang berminat nak membeli, lawati :  http://www.tudungcolorful.com/

buat penduduk sekitar klang, setiap hari selasa, di masjid jamek ar rahimiah, ada juga jualan tudung yang cantek-cantek yang kami di ameerahdotcom jahitkan untuk puan zaiton. Setiap hari selasa, ada kuliah dhuha.

buat semua, tak terlewat untuk kami ucapkan AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN!!! 


selamat berpuasa, selamat beribadat untuk semua.

lina/asri 0129178702
ameerahdotcom

17 July 2011

Terima Kasih - Tuan Hj Zamri - Tempahan Agar Agar Kering

Assalamualaikum.

Kami di ameerahdotcom ingin mengucapkan terima kasih pada Tuan Hj Zamri kerana telah menempah 3kg agar agar kering pada 15hb Julai 2011 untuk majlis kendurinya.

Alhamdulillah, dengan cuaca panas sekarang ini, proses untuk menyediakan, menyiapkan agar agar kering tak lah begitu rumit.


Cahaya matahari adalah sumber utama mengeringkan agar agar.
Syukran ya Allah. YA RAZZAQ! YA GHANI! YA MUGHNI!

Wassalam.

07 July 2011

Tempahan Agar Agar Kering Untuk Hari Raya

Assalamualaikum.

Kepada yang berminat menempah agar agar kering untuk hari raya aidil fitri, kami akan pos sampel agar agar kering sebelum menempah secara PERCUMA untuk di rasa..


email kami : ameerahdotcom@gmail.com
1. nama penuh
2. alamat 
3. no telefon


Harga Agar Agar
a. 1 Kg : RM20.00
b. 500gram : RM10.00
c. 250gram : RM5.00


Tarikh tutup penghantaran sampel : 31 Julai 2011
Tarikh tutup tempahan agar agar : 15 Ogos 2011.

06 July 2011

Serunding Pegaga Ikan Bilis - Terima Kasih Shadiah

Assalamualaikum.

Petang tadi kami baru pos laju 2 bekas serunding pegaga ikan bilis untuk Shadiah dari shah alam.

Setiap 250gram, harga RM20.00 tidak termasuk pos laju.
tambahan RM3.00 untuk pos laju.

Serunding ini sangat berkhasiat untuk ibu yang baru bersalin, kepada penggemar masakan tradisional, masakan kampung - makan bersama nasi panas... huiyoooo..... sodappp..... hehehhe




terima kasih daun keladi kami ucapkan buat shadiah.

30 June 2011

Baju Kurung Untuk Menyusu

Assalamualaikum.

Ameerahdotcom baru aje menyiapkan sepasang baju kurung yang special; yang ada "invisible zip" (zip sorok) untuk para ibu yang menyusukan anak mereka.

nie gambarnye...

Perhati betul-betul... nampak tak zip soroknye... hehehe

Sesuai untuk :

a) kurung biasa
b) kurung pahang




Para ibu, bakal ibu yang berminat nak menempah?
Call kami di 0129178702 (lina)

17 June 2011

Skirt Labuh Chiffon Lining Satin

Assalamualaikum.

Satu lagi skirt labuh chiffon lining satin tempahan untuk cik Adibah Ali.

Sehelai skirt : 2 meter kain chiffon, 2 meter kain satin.

nie dia address tokey skirt.

http://wardrobewishes.blogspot.com/

available in july 2011.

15 June 2011

Skirt Labuh Kembang Payung - TERKINI

Assalamualaikum..

Kami tengah menjahit Skirt Labuh Kembang Payung fesyen terkini!!!



Tempahan dari cik adibah untuk biz blognya.

Sehelai skirt : 2.5 meter.

Nak tempah? Call/ sms kami@0129178702.

10 June 2011

Tempahan Untuk Hari Raya sudah bermula!!!

Assalamualaikum,

kami sudah mula menerima tempahan untuk hari raya. Jeng! jeng! jeng!

Alhamdulillah, bisnes dari rumah pun boleh..... syukran kepada customer-customer kami.

nie baru separuh je...

kami juga telah terima tempahan untuk butik sekitar KL.

Amin... amin...aaa minn...aaaminn....alhamdulillah...

02 June 2011

Tudung Muslimah Berkekek

Assalamualaikum,

Kami setiap minggu menerima tempahan tudung muslimah berkekek, dengan fesyen double curly/single curly. Material fabrik : lycra denim

Terima kasih kepada kak zaiton yang sentiasa menempah 30-40 helai seminggu.


berkekek
saiz XL, XXL

20 May 2011

Tempahan tudung (tudungcolorful)

Alhamdulillah, kami di ameerahdotcom berterima kasih kepada owner website tudungcolourful.com (Puan amal & suami) kerana telah menempah tudung dengan kami.

meh klik kat sini: http://www.tudungcolorful.com

cantik2 tudung depa tempah nie. Belilah ye.


terima kasih, tempah dengan kami di ameerahdotcom.







seleksi tudung syria di tudungcolorful.com.

http://www.tudungcolorful.com/

10 May 2011

Tempahan Tudung

Assalamualaikum.

Lamanya tak update blog. Kami di ameerahdotcom, sibuk dengan tempahan tudung ala2 curly.

Meh sini, kami tunjukkan gambor2 nye.


terima kasih pada kak zaiton, kerana telah menempah 30-40 helai tudung muslimah saiz XL, XXL berkekek.

Sape kate tudung labuh tak leh nak berfesyen? berminat? Call kami di 0129178702 - Roslina




lycra denim

02 May 2011

Agar-agar kering - pembungkusan baru

Assalamualaikum.

Hari ini kami di ameerah dot com telah membuat pembungkusan baru untuk produk agar-agar kering.

La ni kami bungkuskan agar-agar dalam saiz :

  • 1 kilogram : harga RM20.00 
  • 500 gram : harga RM10.00
  • 250 gram : harga RM5.00
ini untuk promosi sempena ketibaan hari raya nanti berdasarkan respons daripada pelanggan2 kami, mereka nak pembungkusan baru untuk produk ini.

selamat bergumbira dan berjaya kepada yang telah berjaya mencuba resepi agar-agar kering kami. 

kepada yang belum berjaya, jgn lupa sms dan order dari kami.... kelas gitu.. :))

ameerahdotcom - 0129178702 (lina/asri)

02 April 2011

Resepi Agar Agar Kering

Assalamualaikum.


Kami nak berkongsi resepi agar agar kering buat tatapan semua peminat makanan tradisional ini.


Bahan-bahan:
1. Agar agar
2. Gula pasir
3. Gula Batu
4. Pewarna makanan
5. Air



Cara membuat:

1. Rendam agar agar dalam masa 2 jam
2. Toskan, sampai kering, masukkan dalam bekas untuk ukuran (500ml)
3. Jika satu (1) bekas agar agar, gula pasir pun satu (1) dalam bekas
    yang sama ukurannya.(bukan ukuran berat)
4. Ukuran untuk air, 2 bekas yg telah digunakan untuk ukur agar agar dan
    gula tadi.



5. Masak agar agar dan air tadi sehingga agar agar hancur. Setelah betul betul hancur, masukkan gula.
6. Masukkan gula batu, lebih kurang 50 gram untuk setiap bekas 500ml.
7. Biarkan sehingga mendidih, dan masukkan pewarna yang dikehendaki.
8. Tuangkan dalam loyang/dulang, biarkan sehingga beku dan sejuk.
9. Setelah sejuk, potong atau tekap dengan acuan biskut. Lapikkan bekas untuk menjemur dengan plastik.
10. Jemur di bawah panas matahari, lebih kurang 3 - 5 hari, setiap hari , agar agar kena dibalik balikkan
supaya agar agar kering sekata.
11. Setelah betul betul kering, simpan agar agar di dalam bekas kedap udara. Jangan terkena air. Insya Allah, agar agar boleh tahan lama.


Selamat Mencuba....






Kepada yang rasa rasa susah nak buat, malas nak mencuba, tempah je dari kami :)

Sekilo agar agar kering : RM20

Untuk tempahan : hubungi roslina/asri  di 0129178702   / email: ameerahdotcom@gmail.com

Sekian terima kasih. wassalam.

07 March 2011

Sarung Lengan Lycra - Harga Borong

Assalamualaikum,


pilihan warna












Harga Borong untuk Sarung Tangan/Lengan Lycra (HARGA BIASA RM12) :

 
1. 5 – 10 psg           Diskaun 10%          harga borong : RM10.80*

2. 11 - 30 psg          Diskaun 15%          harga borong : RM10.20*

3. 31 - 50 psg          Diskaun 20%          harga borong : RM9.60*

4. 51 - 100 psg        Diskaun 25%          harga borong : RM9.00*

5. 100 psg ke atas   Diskaun 30%          harga borong : RM8.40*

* harga tak termasuk kos poslaju.

Untuk tempahan dan pembayaran, call/sms kami,  untuk tempahan warna2, 
insya Allah dalam 1-2 hari akan siap.

Terima kasih.

Roslina/Asri – 012-9178702


Terima Kasih


1. Puan Zarina Begam (Melaka) - telah menempah 8 pasang sarung tangan. 
2. Puan Zaiton ( Taman Sri Andalas) - telah menempah 10 pasang sarung tangan warna putih

Terima Kasih kepada Puan Shikin - Agar - Agar Kering 30kg

Assalamualaikum Semua,

Kami di ameerahdotcom ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan shikin dari puchong yang telah menempah produk agar-agar kering kami sebanyak 30kilogram untuk majlis perkahwinan adik beliau pada 5 Mac 2011.

Di pekkan, berat 1.5kilogram.

Harga 1 kilogram : RM20.00. Pelbagai warna.

Untuk tempahan, hubungi/email : 0129178702 / ameerahdotcom@gmail.com

27 February 2011

Serunding Pegaga Ikan Bilis - Terima Kasih Puan Mazian

Kami di ameerahdotcom, ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Mazian dari kampung jawa klang yg telah membeli 2 bungkus serunding pegaga ikan bilis sebentar tadi (jam 330pm tadi) untuk adiknya yang akan bersalin tak lama lagi.

Produk serunding pegaga ikan bilis, kami sediakan dan masak secara 'fresh" pucuk pegaga, ikan bilis, lada hitam.

Harga RM20. Untuk pesanan pos, tambah an caj RM2. Tambahan RM2, baru kami kenakan mulai januari 2011 atas kos pos.

sekali lagi, terima kasih kami ucapkan kepada Puan Mazian yg sudi datang sendiri ke rumah kami untuk mengambil serunding pegaga tersebut. wassalam.

14 February 2011

Sarung Lengan Muslimah Lycra & Agar-agar Kering

Assalamualaikum semua.


Kami di ameerahdotcom, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

a) Amelia Ismail kerana telah menempah (untuk kali ke 3) 31 pasang sarung lengan pelbagai warna - kami telah kurier guna GDEX hari ini, insya Allah akan sampai hari rabu 16 Feb 2011.

b) Puan Zaiton - (untuk kali ke 3) kerana telah menempah 70 pasang sarung lengan pelbagai warna.

c) Rozila dari Batu Pahat - 1 pasang (mungkin nak cuba dulu... :))

Pilihan warna sarung lengan
harga 1 pasang : RM12











Agar-agar kering

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada

a) puan shikin dari port klang kerana telah menempah 30kg agar-agar kering untuk majlis walimatul urus adiknya.


Harga sekilo : RM20









insya Allah, agar-agar kering akan siap pada 1 Mac 2011 nanti.

kepada yang berminat, hubungi kami di 012-9178702 (roslina) atau email ke ameerahdotcom@gmail.com

24 January 2011

Tudung Muslimah Lycra Awning Thai Silk - CURLY RM20.00

Assalamualaikum

Produk tudung ameerahdotcom terkini, tudung lycra awning thai silk curly. Pelbagai pilihan warna untuk awning & curly hujung tudung mengikut warna awning. Kos pos percuma (pos berdaftar). Untuk poslaju tambah RM5.00(semenanjung)










Berminat? hubungi lina/asri di 0129178702. Harga RM20.00 sehelai.

08 January 2011

Produk-produk Ameerah Dot Com

Assalamualaikum.

Sempena tahun baru ini, kami di ameerahdotcom ingin mengucapkan terima kasih kepada pelawat-pelawat blog kami, pelanggan-pelanggan produk kami. Di sini, kami promosikan produk2 ameerahdotcom sekali lagi dalam bentuk picture collage.















1. Pulut kacau berbentuk Hati : RM48
2. Pulut Kacau (door gift) : RM1.20 - RM1.50
3. Agar-Agar Kering : RM20 (sekilo)
4. Serunding Pegaga Ikan Bilis Lada Hitam : RM20
5. Bunga Lilin Aromaterapi: RM12 sepasu
6. Alas Sujud Berspan : RM12
7. Bunga Lilin hiasan tali jut : RM25
8. Sarung Lengan Muslimah : RM12
9. Tempahan Sarung Kerusi Katering : RM12-RM20

Kepada yang berminat, ingin membuat tempahan sila hubungi/sms kami di 0129178702 (Roslina/Asri) @ email kami di ameerahdotcom@gmail.com.