27 September 2011

Serunding Pegaga untuk Puan Mazian

Assalamualaikum semua.

Minggu lepas, kami menerima tempahan 3 bekas serunding pegaga daripada Puan Mazian yang akan bersalin dalam minggu ini. Harga serunding pegaga lada hitam maintain pada harga lama : RM20.00 / 250gram

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Puan Mazian dah ambil pada hari ahad kelmarin 25 September 2011.

serunding pegaga sept 2011
Buat Puan Mazian, selamat menimang cahaya mata ke 3 daripada kami di ameerahdotcom.

Kepada yang ingin menempah serunding, hubungi kami di 0129178702 (lina/asri).

Kepada yang nak buat sendiri, insya Allah, dalam waktu terdekat ini, kami akan 'blog'kan resepi serunding pegaga ikan bilis. TUNNNGGGUUUU.....
tengok2 la blog kami nie selalu.....

22 September 2011

Tempahan Telekung @ ameerahdotcom

Assalamualaikum semua.


Kami @ameerahdotcom ingin mempromosi tempahan telekung.
Telekung di gambar ini telah ditempah oleh Puan Normi untuk kakaknya yang akan berangkat ke tanah suci mekah awal oktober.


a. Tempahan telekung dalam 2 saiz, bidang kain(44inci/60inci)
b. Untuk 44 inci, kain yang diperlukan 1.25m untuk sehelai telekung
c. Untuk 60 inci, kain yang diperlukan 1.50m untuk sehelai telekung
d. Untuk bidang 44, sepasang telekung memerlukan 3m kain
e. Untuk bidang 60, sepasang telekung memerlukan 2.5m kain.



Kelebihan Tempahan Telekung@ameerahdotcom
a.Telekung tak memerlukan anak tudung, tak nampak rambut sebab 2 lapis kain dari atas kepala hingga ke paras dada.
b. Awning ikut muka, 'Kekek' lebar menutup dagu dan tepi pipi, LEBIH SELESA & KEMAS


* Kami juga menerima tempahan untuk membuat awning dan kekek sahaja. 
* Hanya perlu menghantar telekung anda sahaja. Poslaju je....


Untuk tempahan, hubungi kami di 0129178702 (lina/asri) atau emel ameerahdotcom@gmail.com

10 September 2011

Salam Idul Fitri Buat Semua!!!

Assalamualaikum.

Sebulan kami tak update blog ameerahdotcom, sibuk yang amat sangat... heheheheh

Di bulan syawal nie, kerja-kerja kami disambung seperti biasa:

1. Menjahit untuk tempahan tudung muslimah / berkekek untuk kak ton

2. Tempahan agar-agar kering. Sekarang kami menerima tempahan agar-agar kering "berperisa" e.g. perasa mangga, laici, strawberi dan oren. Ada penambahan harga ; setiap kilo agar-agar kering RM25.

3. Tempahan baju, skirt labuh, jubah masih diterima. Ada lagi backlog nie... hehhehe biasa la tukang jahit...

4. Tempahan serunding pegaga. Kami telah menerima tempahan awal (booking) untuk puan mazian yg dijadual bersalin pada awal oktober. Awal tahun ini, puan mazian tempah untuk adik iparnya... la nie untuk diri sendiri... terima kasiah puan mazian.

segala pertanyaan@tempahan, sms kami / hubungi kami di 0129178702 (lina/asri)

kepada peminat ameerahdotcom yg dah pose 6, selamat hari raya setahun untuk kalian...