22 September 2011

Tempahan Telekung @ ameerahdotcom

Assalamualaikum semua.


Kami @ameerahdotcom ingin mempromosi tempahan telekung.
Telekung di gambar ini telah ditempah oleh Puan Normi untuk kakaknya yang akan berangkat ke tanah suci mekah awal oktober.


a. Tempahan telekung dalam 2 saiz, bidang kain(44inci/60inci)
b. Untuk 44 inci, kain yang diperlukan 1.25m untuk sehelai telekung
c. Untuk 60 inci, kain yang diperlukan 1.50m untuk sehelai telekung
d. Untuk bidang 44, sepasang telekung memerlukan 3m kain
e. Untuk bidang 60, sepasang telekung memerlukan 2.5m kain.



Kelebihan Tempahan Telekung@ameerahdotcom
a.Telekung tak memerlukan anak tudung, tak nampak rambut sebab 2 lapis kain dari atas kepala hingga ke paras dada.
b. Awning ikut muka, 'Kekek' lebar menutup dagu dan tepi pipi, LEBIH SELESA & KEMAS


* Kami juga menerima tempahan untuk membuat awning dan kekek sahaja. 
* Hanya perlu menghantar telekung anda sahaja. Poslaju je....


Untuk tempahan, hubungi kami di 0129178702 (lina/asri) atau emel ameerahdotcom@gmail.com

10 September 2011

Salam Idul Fitri Buat Semua!!!

Assalamualaikum.

Sebulan kami tak update blog ameerahdotcom, sibuk yang amat sangat... heheheheh

Di bulan syawal nie, kerja-kerja kami disambung seperti biasa:

1. Menjahit untuk tempahan tudung muslimah / berkekek untuk kak ton

2. Tempahan agar-agar kering. Sekarang kami menerima tempahan agar-agar kering "berperisa" e.g. perasa mangga, laici, strawberi dan oren. Ada penambahan harga ; setiap kilo agar-agar kering RM25.

3. Tempahan baju, skirt labuh, jubah masih diterima. Ada lagi backlog nie... hehhehe biasa la tukang jahit...

4. Tempahan serunding pegaga. Kami telah menerima tempahan awal (booking) untuk puan mazian yg dijadual bersalin pada awal oktober. Awal tahun ini, puan mazian tempah untuk adik iparnya... la nie untuk diri sendiri... terima kasiah puan mazian.

segala pertanyaan@tempahan, sms kami / hubungi kami di 0129178702 (lina/asri)

kepada peminat ameerahdotcom yg dah pose 6, selamat hari raya setahun untuk kalian...

10 August 2011

Blaus - Kak Azie - jualan di Plaza Idaman Setapak

Assalamualaikum. Selamat berpuasa kepada semua.

Kami di ameerahdotcom nak update, untuk promosi kepada anda semua yang nak ber"shopping" raya.

Buat yang tinggal di setapak@kawasan sekitarnya, semalam kami baru menghantar blaus-blaus untuk kak azie yang ada booth jualan aidil fitri.

bertempat : perkarangan PLAZA IDAMAN, berdepan restoran afrose SETAPAK/DANAU KOTA

kepada peminat blaus fesyen terkini.. mai la datang beli ....





Booth dibuka dari jam 11.00 pagi sehingga 9.00 malam setiap hari.

Pelbagai saiz : S, M, L & XL

Jangan lupa ke sana....

06 August 2011

Agar Agar kering kami terbang ke Malaysia Timur!!!

Assalamualaikum.

Kepada semua peminat agar agar kering yang telah lawati ameerahdotcom.blogspot untuk resepi agar agar kering, kami di ameerahdotcom mendoakan agar kalian semua berjaya membuatnya. Insya Allah, nak buat agar agar kering perlukan istiqamah dan kesabaran.

Kalau masih tak menjadi, call/sms kami 0129178702 utk sebarang bantuan/pendapat/buah fikiran, insya Allah kami akan cuba tolong. :) Niat kami untuk mempopularkan makanan tradisional...

Kami, alhamdulillah telah mendapat tempahan agar agar kering dari malaysia timur.. 2kg akan ke Kota Belud Sabah dan insya Allah 14kg akan ke Brunei Darussalam. Syukur padamu Ya Allah...

Kami masih lagi menerima tempahan.Sms kami @ email: ameerahdotcom@gmail.com.

Buat ramadhan nie, kami "menyibukkan" diri menyiapkan tempahan tudung yg cantik2 untuk tauke-tauke tudung. hehehe...

kepada yang berminat nak membeli, lawati :  http://www.tudungcolorful.com/

buat penduduk sekitar klang, setiap hari selasa, di masjid jamek ar rahimiah, ada juga jualan tudung yang cantek-cantek yang kami di ameerahdotcom jahitkan untuk puan zaiton. Setiap hari selasa, ada kuliah dhuha.

buat semua, tak terlewat untuk kami ucapkan AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN!!! 


selamat berpuasa, selamat beribadat untuk semua.

lina/asri 0129178702
ameerahdotcom

17 July 2011

Terima Kasih - Tuan Hj Zamri - Tempahan Agar Agar Kering

Assalamualaikum.

Kami di ameerahdotcom ingin mengucapkan terima kasih pada Tuan Hj Zamri kerana telah menempah 3kg agar agar kering pada 15hb Julai 2011 untuk majlis kendurinya.

Alhamdulillah, dengan cuaca panas sekarang ini, proses untuk menyediakan, menyiapkan agar agar kering tak lah begitu rumit.


Cahaya matahari adalah sumber utama mengeringkan agar agar.
Syukran ya Allah. YA RAZZAQ! YA GHANI! YA MUGHNI!

Wassalam.

07 July 2011

Tempahan Agar Agar Kering Untuk Hari Raya

Assalamualaikum.

Kepada yang berminat menempah agar agar kering untuk hari raya aidil fitri, kami akan pos sampel agar agar kering sebelum menempah secara PERCUMA untuk di rasa..


email kami : ameerahdotcom@gmail.com
1. nama penuh
2. alamat 
3. no telefon


Harga Agar Agar
a. 1 Kg : RM20.00
b. 500gram : RM10.00
c. 250gram : RM5.00


Tarikh tutup penghantaran sampel : 31 Julai 2011
Tarikh tutup tempahan agar agar : 15 Ogos 2011.

06 July 2011

Serunding Pegaga Ikan Bilis - Terima Kasih Shadiah

Assalamualaikum.

Petang tadi kami baru pos laju 2 bekas serunding pegaga ikan bilis untuk Shadiah dari shah alam.

Setiap 250gram, harga RM20.00 tidak termasuk pos laju.
tambahan RM3.00 untuk pos laju.

Serunding ini sangat berkhasiat untuk ibu yang baru bersalin, kepada penggemar masakan tradisional, masakan kampung - makan bersama nasi panas... huiyoooo..... sodappp..... hehehhe




terima kasih daun keladi kami ucapkan buat shadiah.