16 October 2011

Tempahan Tudung

Bismillah.

Alhamdulillah, kami telah siap menjahit tempahan dari tokey tudung yg terkenal- produk terkini daripada Puan M nie pernah published di majalah Nur.

Silalah lawati laman sesawang (chewah!!! laman sesawang) beliau di: http://www.chentaqaseh.com/ 

Syukur pada mu Ya Allah atas rezeki ini. Amin...

10 October 2011

Resepi Serunding Pegaga - Black Pepper

Assalamualaikum semua.

Seperti yg dijanjikan, nie ha resepi serunding pegaga lada hitam untuk semua. selamat mencuba!!!

Kepada yang maleh, yg nak cepat siap tu... order dgn kami. SMS ke 0129178702 (lina/asri) - call pun boleh.

250gram serunding pegaga/RM20.00 - tidak termasuk kos poslaju. Amacam?


RESEPI SERUNDING PEGAGA IKAN BILIS

Bahan-bahannya :

400 gram pegaga ( di ambil akarnya sekali )
75 gram ikan bilis Jepun ( boleh tambah kalau mahu )
20 gram lada hitam ( lebih kurang RM0.50 )
1 labu bawang putih
1 biji bawang besar sederhana besar
4-5 inci halia
1 cawan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa














Cara-cara membuatnya :

1.     Bersihkan pegaga, pastikan bahagian akar yg berbiji dibuang. Kemudia dipotong-potong pegaga yg telah bersih kira-kira 1 inci panjang.
2.     Bersihkan ikan bilis dan toskan.
3.     Lada hitam, bawang putih, bawang besar dan halia dikisar halus.
4.     Panaskan minyak di dalam kuali.  Setelah cukup panas, goring pegaga hingga garing.  Setelah betul-betul garing, toskan minyak.
5.     Menggunakan minyak yang sama untuk menggoreng pegaga tadi, gorengkan pula ikan bilis hingga garing.  Setelah cukup garing, toskan minyak.
6.     Keluarkan lebihan minyak dari kuali, tinggalkan sedikit untuk menumis.
7.     Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar.  Kacau sehingga betul-betul masak ( naik minyak dan bau ).
8.     Masukkan garam dan gula secukup rasa.  Boleh juga ditambah kiub ikan bilis sebagai penambah rasa.
9.     Masukkan pegaga dan ikan bilis yg telah digoreng tadi dan kacau hingga sebati.
10. Setelah semua bahan kisar sebati dengan pegaga dan ikan bilis tutupkan api. Serunding pegaga ikan bilis siap untuk dihidangkan.
11. Jika serunding terlalu berminyak, boleh gunakan tisu dapur untuk toskan minyak dengan cara alaskan bekas dengan tisu dan letakkan serunding di dalam bekas tersebut.  Biarkan kira-kira setengah jam atau sehingga tisu menyerap lebihan minyak pada serunding.
12. Kami ucapkan selamat mencuba..... ikhlas dari ameerahdotcom